Budidaya Tanaman Gandum Pdf Writer
Daerah ini juga menjadi satu dari pusat keanekaragaman tanaman budidaya (center of origin) menurut Nikolai Vavilov. Bahan pangan. Migrasi masyarakat Austronesia yang telah mengenal pertanian ke wilayah kepulauan Indonesia membawa serta teknologi budi daya padi sawah serta perladangan. Download >>Download Tinjauan pustaka jagung pdf writer Read Online >>Read Online Tinjauan pustaka jagung pdf writer jurnal budidaya tanaman kacang hijau pdf B.
Torrent Ave Maria Caccini. Gandum ( Triticum spp.) atau Wheat adalah merupakan satu kumpulan tanaman bijirin dari keluarga POACEAE yang sama dengan kumpulan tanaman padi yang kaya akan karbohidrat. Walau pun di Malaysia tidak terdapat tanaman gandum, komoditi ini merupakan satu bahan utama dalam bentuk TEPONG yang digunakan sebagai satu bahan makanan utama di negara ini selain daripada beras.
Gandum biasanya digunakan untuk memhasilkan tepung terigu, makanan ternakan atau pun melalui proses penapaian (fermentation) untuk menghasilkan alkohol. Pengeluaran gandum dunia sebanyak 610 juta metrik tan setahun dan merupakan antara kategori bijirin penting yang ketiga dihasilkan terbanyak didunia selepas pengeluaran Jagung (785 juta mt setahun) dan Padi (651 juta mt setahun) pada 2010. Artikel subuh 13 Ramadan ini saya berkongsi maklumat mengenai industri tanaman gandum berdasarkan pembacaan beberapa buku dan kajian penulis dari beberapa sumber. Dari segi sejarah didapati semenjak zaman prasejarah lagi manusia sudah mengenali tanaman gandum yang merupakan sebagai sejenis tanaman biji-bijian sebagai sumber makanan lebih 8,000 tahun dulu. Berdasarkan penggalian dan kajian arkeologi yang dibuat mendapati gandum dipercayai berasal dari Kawasan Asia Barat seperti sekitar Laut Merah dan Laut Mediteranian atau kawasan sekitar Turki, Syria, Iraq dan Iran. Bagaimana pun sejarah di negara China menunjukkan bahawa tanaman gandum telah berada dinegara tersebut secara komersil semenjak 2,700 tahun sebelum masihi lagi. Tanaman gandum disebarkan ke England dan negara-negara Eropah serta USA pada kurun ke 18 sebagai tanaman peniting sehingga sekarang.
Tanaman Gandum ( Triticum spp.) ditanam selama 110-130 hari daripada menanam sehingga menuai bergantung kepada keadaan cuaca, varieti gandum, kaedah pengurusan dan jenis tanah. Petani yang menanam gandum perlu mahir dalam aplikasi pembajaan, kawalan musuh dan penyakit, pengurusan sistem pengairan dan juga penggunaan 'growth regulators' untuk mempastikan penghasilan yang tinggi di Eropah. Masa tepat pemberian baja seperti baja N pada umur masa bunting (Ear) merupakan masa kritikal diberikan. Penanaman gandum juga menghadapi serangan serangga perosak dan serangan penyakit.
Antara serangga perosak seperti amyworm, aphids, ulat makan daun, bena dan banyak lagi. Kawalan secara bersepadu membantu mengurangkan kadar serangan. Penanaman gandum menggunakan bahan asas biji benih yang ditanam selepas kerja-kerja penyediaan tanah. Amalan membuat giliran tanaman adalah penting untuk mempastikan pokok tidak diserang penyakit.
Teknologi penanaman gandum berubah dari kaedah tradisional pada masa dulu kepada penggunaan sistem mekanisasi ladang secara berjentera daripada penyediaan tanah, menabur biji benih, sistem pengairan, membaja, kawalah semburan racun kimia, menuai sehingga aktiviti lepas tuai dikebanyakan negara maju. Teknologi pembiabakaan dijalankan dengan menumpukan beberapa varieti yang menghasilkan hasil yang tinggi dan tahan penyakit serta jangkamasa matang yang lebih pendek. Negara China pada masa ini merupakan pengeluar utama gandum dunia dengan pengeluaran sebanyak 117 juta metrik tan setahun diikuti dengan India (79 juta mt), USA (68 juta mt), Rusia (64 juta mt), Perancis (34 juta mt), Canada (29 juta mt), Jerman (26 juta mt), Ukraine (25 juta mt), Australia (23 juta ) dan Pakistan (21 juta mt). Malaysia mengimpot banyak produk gandum daripada China dan India serta Australia dalam bentuk tepong untuk pelbagai kegunaan domestik.